Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics!








Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics







myspace



Alhamdulillah... Nama panggilanku Cik Ainie..Dilahirkan pada 27 Ogos 1982 di Bospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) di kala kaum muslimin baru sahaja menunaikan solat jumaat...Sedari lahir hingga kini masih lagi setia menetap di Segambut, Kuala Lumpur....Sudah bekerja di area KL...sebelum ini menuntut di Universiti Tenaga Nasional @ UNITEN (Bachelor Of Accounting)...




SAYA DI SINI...




Yahoo Massanger:
ana_janafi@yahoo.com

Msn Massanger:
ana_janafi@hotmail.com

Friendster:
naf_5114@yahoo.co.uk

Email lain:
ainafa_03@yahoo.com

Anda disini:
http://ainafa.blogdrive.com




www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws





Menurut kajian berdasarkan bulan kelahiran...ciri-ciri yang ada pada diri Cik Ainiyah adalah seperti di bawah. Tapi ni kajian jer..tak tahulah betul ker tak...tapi banyak jugak yang kena...


*Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & ludah mengamuk. * Mudah marah ap>́¬la cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan


Macam manerpun setiap orang ada kelebihan dan kelemahan..yang lebih boleh perlebihkan lagi...yang lemah boleh perbaiki lagii..InsyaAllah




ISTIMEWA BAGI MEREKA YANG

BERGELAR WANITA..
.




DEHEARTY - WANITA


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws






   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




ANDA PENGUNJUNG KE:



SEMENJAK 22 FEB 2006






Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics






www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws




"Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik..maka ditimpakan musibah (diberi cubaan) kepadanya" (Bukhari)



Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : "Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji..Sedangkan perangai buruk merosak amal salih seperti cuka merosak madu" (Riwayat Al-BAihaqi)


myspace







www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws




"Al-Quran dan Hadith adalah penyuluh kehidupan....Tanpa kedua-duanya...dunia dan seisinya akan mati dalam kealpaan.."



"Hidup takkan memenuhi kehendak kita....tapi, kita yang seharusnya memenuhi kehendak hidup..ingatlah!..sebesar-besar kemalangan hidup ialah orang yang tidak pernah menempuh malang..."


myspace






www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws




"Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan...walaupun maut mejadi noktahnya...kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain...biarpun tanpa bayangnya.."


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar...sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum..sahabat sejati menjadi pendorong impian..Sahabat berhati mulia membawa kita ke syurga.."



MySpace Layouts







www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws



Jangan kerana CINTA...kita gugur dari perjuangan..dan jangan kerana CINTA juga..prinsip kita menjadi larut dan cair..CINTA tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada perCINTAan..Kesetiaan akan mengikat CINTA...kecurangan akan meranapkan segala kemanisan CINTA..Sesebuah perkahwinan akanmenjadi indah jika CINTA terus bersama...."


"Kiranya tiada CINTA insani untukmu, cukuplah CINTA Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang menCINTAi Allah sebagaimana CINTAmu terhadap Allah"





COKLAT HINDAR SAKIT JANTUNG

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis Itali dan Britain ke atas coklat mendapati bahawa ia boleh membantu menghindarkan penyakit jantung. Colat didapati meningkatkan tahap antioksida di dalam darah yang mana ia membantu menghindarkan penyakit jantung. Coklat hitam adalah yang paling berkesan untuk meningkatkan penyerapan antioksida berbanding coklat yang dicampur dengan susu





www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws



myspace



DAGING MASAK MANIS


BAHAN_BAHAN:

I kg daging lembut
5 sudu besar mentega
2 sudu teh cuka
4 sudu gula
2 cm halia (dihiris)
200 g mentimun (dihiris)
200 g nenas (dihiris)
2 labu bawang besar ( belah 6)
4 ulas bawang puith (cincang halus)
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos tomato
1/2 sos cili
2 susu besar cili giling
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar lada sulah
Garam (secukup rasa)


CARA MEMBUATNYA:

  • Perap danging dengan lada sulah, garam dan tepung jagung.
  • Goreng daging yang telah diperap tadi hingga garing dan toskan minyaknya.
  • Tumis bawang putih dan halia hingga naik baunya kemudian barulah masukka cili giling, sos tomato, cili soso, gula, cuka dan kacau hingga semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan pula nenas dan mentimun, selepas itu, masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati. Biarkan sebentar kemudian barulah diangkat.


  • myspace



    www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws


    www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws









    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed
    Sunday, June 25, 2006
    KEMBALI LAGI....

    Assalamualaikum...

    Seperti biasa.... Tiada ungkapan lain yang mampu dilafazkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala kurniaan Allah sehingga masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini....

    Rasa dah lama sangat tak update blog niii... mungkin kesibukan bekerja dan tanggungjawab terhadap kedua org tua dan adik beradik membataskan segalanya..

    2 bulan tak update blog niii.... sampai ada kawan-kawan yang sering bertanya-tanya,, . terutamanya cik irna kita tuuu... ok lah my friend.. sekarang saya dah kembali lagiii... InsyaAllah.. saya akan mengupdate selalu blog nii.. dan cuba berkongsi sesuatu yang bermanfaat disini... kalau ada paper nak suruh tambah kat sini .. bgtau jer laaa... ok!

    Dalam 2 bulan niiii...  mmg kerja pressure sgt.. kerja banyak.. kurang rest.. makan pun tak menentu..  tidur pun tak menentu... dalam kepala niii terbayang2 kerja yang membukit kat ofis tuuu... kalau kita ada 24 jam.. rasanya 3/4 dr tu asyik mengadap komputer jer... kepala pun dah berpusing cam komputer kat bawah niiii....

    kadang2.. rasa seperti jiwa ni kosong..  menangis sendiri dalam hati... mungkin disebabkan amalan2 tambahan yang biasanya ditunaikan sebelum ini semakin berkurang...  yer lah.. balik pun malam... hanya amalan wajib yang sememangnya wajib ditunaikan masih lagi mampu dilaksanakan..

    Terfikir sejenak di fikiran... tersedar dalam hatii... mungkin hubungan ku dengan Tuhan tak seintim yang diharapkan... Cuba memperbaiki kelemahan diri... berdoa.. berdoa dan terus berdoa....  Akhirnya .. Alhamdulillah... bersyukur yang tak terhingga pada Mu Allah... doaku termakbul akhirnya....   segalanya berubah dalam sekelip mata...  Alhamdulillah...  kerja mmg banyak.. tapi tekanan semakin berkurang...

    Buat sahabat-sahabiah yang dah lama tak jumper... kakak-kakak dan adik-adik.. rasa rindu sgt kat korang semua...  lama rasanya tak join program .. hajat dihati mmg nak pergi .. tapi.. ada sahaja yang menghalang... mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan berharap sgt2.. agar program yang akan datang.. dapat disertai bersama... agar ukhuwwah yang dibina selama nii..  kembali terjalin erat.. InsyaAllah..

    Satu lagii... tegur-tegur lah diri ini.. andainya ada yang terleka dan terlalai.. Teguran mebina dari sahabat sahabiah semua amatlah diharapkan dan amatlah dihargai demi untuk memperbaiki kelemahan diri... InsyaAllah...

    "TULUS KATA HATI..JUJUR PADA DIRI SENDIRI.."


    Posted at Sunday, June 25, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Sunday, April 09, 2006
    EPILOG SEORANG PEJUANG

    EPILOG SEORANG PEJUANG

     

    Tika senja melabuh layarnya........kicauan burung sayup kedengaran.....Terpaku diri mengimbau semula......Erti sebuah perjuangan.....

    Arus hidup yang penuh kepalsuan....deruan ombak badai kesesatan....Terdampar diri asing tersisih....

    Hakikat hidup bak roda berputar.....Seringkali tidak terkeliru....oleh dunia yang menipu...Oh Tuhanku....Itulah diriku......Ku menyedari siapa diri ini.....Mengharap menanti kejayaan.....Di dalam hidup tanpa pengorbanan.....

    Dikala rembulan mengambang indah.....Cahayanya menerang kegelapan.....Tika itulah ku menangis gundah.....Terkenangkan kesilapan.....

    Bagaikan musafir kehilangan punca.....Melangkah kaki pasrah dan berserah....Menyerah diri tawakal berusaha.....

    Dan kini ku akur pada hakikat kehidupan....Suka dan duka dalam perjuangan penuh cabaran.....Perlu ketabahan dan kekuatan....Teguhan hati berlandas iman.....

    Epilog hidup seorang pejuang.....Mengharungi mehnah dan ujian.....Berjuanglah dan terus berkorban.....

    Tika mentari memancar sinar....Bumi bertuah menyambung usia....Hilang segala kesuraman....Untuk ku terus berjuang....

     


    Posted at Sunday, April 09, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Monday, March 06, 2006
    WARKAH BERLAGU PILU....

    Tiada ungkapan lain yang mampu diluahkankan melainkan rasa syukur padaNYa atas segala nikmat-Nya yang masih mampu dinikmati pada detik dan saat ini....sehingga masih ada peluang untukku mencoretkan sesuatu disini...

    Ermm....ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama disini.....malam tadi...tetiba jer abang ipar aku bg satu kertas....dilipat cantik....macam surat cinta...dia kata kat aku ...ada sorang mamat ni bg kat akuuu....aku pun gabra giler mase tuu...mamat mana pulak bg surat kat aku niii......bukan apa...abg ipar aku ni...suka sangat dok sakat akuu....kawan nak masuk minang laaa.....itu laaa...ini laaaa...tu yang aku geram kat dia tuuuu.....nak dijadikan citer....aku pun bukak lah surat tuuuu......bukak-bukak jer..... ada tertulis sesuatu kat situ....tapiiiiiiiii......seperti pernah aku melihat tulisan ini....tapi dimana yaaa?.....Shocked hmmmmm.......laaaaaa!!!....ni tulisan abg ipar aku laaaa.....kureng betul lah dia tuuuu.....bukan ade aper pun.....dia pi bg pantun ker sajak...aku pun tak pastii.....entah mana dia dapat ......aku pun tak tahu laa...cilok dari mana entah dia niiii...tapi bila aku baca....macam best pulak!....heheSmile

    ISLAM HADARI

     

    Kuliah maghrib takde lagi...

    Dikir Barat sampai ke pagi...

    Sure Heboh di tiap negeri...

    Mufti menegur terus di marahi....

     

    Kes Bunuh hari-hari...

    Rompak ragut makin menjadi....

    Aurat dah tak peduli...

    Termasuk bini para menteri...

     

    Hukum hudud selalu dicari...

    Perlembagaan penjajah di junjung tinggi...

    Pejuang Islam ditangkap di sana sini...

    Bapak rasuah pula dipuji...

     

    Inilah Islam Hadari...

    Islam pujaan Pak Lah Badawi...

    Al-Ghazali yang di cari-cari...

    Rupa-rupanya MAWI yang ditemui...

    Ermmm.....sekadar renungan bersama....betul atau tidak...terpulang pada diri kita sendiri untuk menilainya....ok!

    Jumper di lain waktuu...insyaAllah..


    Posted at Monday, March 06, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Wednesday, March 01, 2006
    TABIKA SANG KANCIL

    Alhamdulillah...moga setiap sudutan nafas yang masih diizinkan oleh Allah ini mampu berusaha mencari redha-Nya...juga istiqamah dalam perjuangan bagi insan yang bergelar khalifah seperti aku......Smile

    Kadang-kadang dalam kehidupan kita nii...disinggahi oleh manusia-manusia yang pelbagai kerenah dan sikap..ada yang ok..ada yang tak ok...tapi itu semua bukanlah dijadikan sebagai satu halangan dalam berkawan dan lebih-lebih lagi dalam membentuk persahabatan...walaubagaimanapun..setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing...sebagai kawan kita perlu saling menegur antara satu sama lain..dan masing-masing perlulah berlapang dada dan berfikiran terbuka demi kebaikan diri sendiri dan orang lain..

    Sebut pasal kerenah dan sikap niii....aduiii...teringat aku mase kecik-kecik dulu....haha.Big Smile....bila teringat-ingat balik...ketawa sendiri..Big Smile....biasalah kan!...time budak-budak...mana lah tahu apa...aku ingat lagii...mase tuu...time aku sekolah tadika...alaa...tadika kemas tuu...yang kena pakai baju skirt ..atas biru cair ...bawah biru pekat..pastu ada tie kontot tuuu...uuuuu...kenapalah dulu takde baju kurung cam bebudak tadika kemas pakai sekarang nii...cantik jer aku tengok..hmmm...mungkin dulu kilang kain tak banyak dibuka kot...sebab tu dia suruh pakai baju skirt...hehe...mujurlah mase tu tak baligh lagii..kalau tak....huwaaa!!! tak sanggup aku...Wink

    Nak dijadikan citer...sekolah tadika aku tuuu...kat sebelah jalan keretapi....mase dulu..manalah ada jejantas cam sekarang niii....so..hari-hari mak aku hantar gi tadika sebab lalu kat jalan ketaapi...mestilah risau...mak bapak mana yang tak risau kan....yang masalah nyer dengan aku ni pulak...mase kat tadika tuu....sokmolah menangis dan merajuk....bukan apa....kat kelas aku ade sorang mamat india ni yang suka sangat mengacau aku...dia punyer nakal...ya ampuuuuuuun...tuhan saja yang tahuuuu.....masalah nyer...budak-budak lain dia kacau lah jugak..tapi aku ni jer lah yang selalu jd mangsa dia...cikgu pun dah tak geti nak cakap apa lagiii....Shocked

    aku ni pulak!...apa lagiii...kena kacau sikit menangis...sikit-sikit menangis...manjalah katakan...yer lah..mase tuu dalam family aku paling kecik sekali...bila dah menangis sibuk nak balik...cikgu pujuk-pujuk..aku nak balik jugak...sampai cikgu pun dah tak geti nak pujuk dah...mana tak nyer...aku dah fobia giler ngan mamat india tuuu..Surpriseentah saper entah nama dia..aku pun dah luper....yang kelakar nyer...kalau nak ikutkan..takut jugak nak balik sorang2..tapi aku peduli aper...aku balik jer lah...sampai2 umah jer...mak aku terkejut...awal tul aku balik..tak sempat mak aku amik...dah balik sendiri...yang paling kelakar tuuu...bukan sehari jer...nak kata tiap-tiap hari aku balik awal...orang balik kul 11 pg....aku ni kul 9 pagi dah sampai umah...mak aku hantar sekolah...tak sampai satu jam..aku dah menangis nak balik...cikgu pun dah tak tahu nak cakap aper...sampai umah..mak aku pun dok geleng-geleng kepala jer...dah tak tahu nak buat cammaner ngan anak dia yang sorang niiii....hehe...tapi alhamdulillah...tak ler sampai akhir tahun aku camtuu...aku pun dah luper camner aku leh ok balik..aku rasa sebab mak bapak budak tuu dah marah betul kat dia kot....hmmmm..tak kisahlah..

    Bila dah besar niii...baru aku tahu...bukan senang nak jaga anak niii....macam2 kerenah...walaupun sekarang ni aku tak kahwin lagii.. aku merasa lah semua tuu...sebab kena jaga adik2 aku kan...hehe..gupernyer....dalam family aku niii...ada gak yang mewarisi pe'el aku niii.....adik aku yang bongsu tuuuu....dia tu lagi teruk...at least aku sekolah lah jugak...walaupun tak sampai abis waktuu..yang adik aku ni plak...langsung tak mau datang sekolah tadika tuu...alih2...mak aku berhentikan jer...suruh aku ajar kat umah...hehe...

    Takperlah...manelah tahu kot-kot anak2 korang camni gak ker nanti...mana tahu kan..so, banyakkan bersabar yer,,,sebelum kahwin tuuu...kena prepare banyak...fizikal..mental...emosi dan sebagainya...takut nanti...anak2 tak buat pe'el..mak ayah si anak pulak yang buat pe'el..hehe Wink

    So..pesanan  tuk sahabat-sahabiah aku yang bakal mendirikan umah tangga...hehe..prepare lah yer....bukan senang nak berkeluarga niii....banyak ujian dia..walaubagaimanapun..itulah yang terpaksa kita lalui sebenarnya...everything akan ok ...kalau kita meletakkan pergantungan kita hanya pada Allah..


    Posted at Wednesday, March 01, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Monday, February 27, 2006
    MASE SEKOLAH RENDAH (1)

    Bersyukur sekali lagi kerana masih diberi kesempatan untuk beribadat kepadaNYA dan masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam..Smile

    Kali ni...tetiba jer teringat masa zaman sekolah rendah dulu...aku mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan segambut...sekolah ni tak famous  mana pun..tapi ia begitu terkenal di kalangan budak2 segambut...Wink hehe..biasalah kan..kalau tak bebudak segambut  yang sekolah kat situ..budak mana lagi nak belajar kat situ...walaumacam manapun..aku bersyukur sgt2 sebab parents aku sekolah kan aku kat situ...dekat sikit aku nak merangkak gi sekolah bila tiba time terlambat nak ke sekolah tuu...Big Smile

    Mase mula-mula masuk sekolah, aku tak ler takut sangat sebab kakak dan abang2 aku kat situ...adik-beradik aku semua ayah aku campak kat sekolah yang sama..senang sikit nak tengok2 anak2 dia tuu...tapi ayah tak risau sangat sebab anak2 dia semua baik2..cewaah...Winkhehe...

    Yang aku paling seronok tuu....masuk2 sekolah jer dah famous!...Big Smile hehe.. sebenarnya aku tak lah bagus and cun mana pun mase tuuu...cuma tumpang famous abang jer masa tuuu...adik ketua pengawas lah katakan...abang aku jer famous...aku tumpang famous jer... hehe... yang paling best tuu... abang aku ni mmg ramai peminat kat sekolah.. kakak2 pengawas kat situ ramai gak minat ngan abang aku... bila dah minat kat abang... apalagiii...heheh.. ambik hati adik lah kan..   kelakar-kelakar.. Big Smile ada satu hari tuu... aku nak naik kelas...sebenarnya tak leh naik ke kelas selagi belum masuk waktu kelas...  on the way aku nak try naik kelas..adalah beberapa orang kakak pengawas ni ngah jaga tangga.. dorang nampak jer aku.. terus senyum2.. bila aku cakap aku nak naik... tak payah nak tanya banyak.. terus dorang kasi naik.. Big Smilehehe.. rasa macam...... macam... anak menteri pulak.. aku masik terbayang2 lagi masa tuu.. mmg kelakar giler... ermm... abang-abang!... handsome sangat ker abang aku niii.. sampai ramai sgt pompuan tergiler-giler kan dia... entah ler.. aku tengok... ermm.. boleh tahan jugak lah abang aku niii.... abang aku yang second tu pun leh tahan gak...walaupun hitam manis mase tuu..ada gak orang minat dia..bukan aper..senyuman dia tuuu... leh tahan manis kot...

    Alhamdulillah...nama ayah aku kat sekolah tuu kira leh tahan gak lah..sebab kitorang adik beradik nii selalu menonjol sikit ..lebih2 lagi dalam pertandingan2 yang melibatkan peringkat sekolah, zon dan wilayah niii.... macam-macam laaa... pertandingan khat...azan...hafazan,,,bercerita...lukis poster..nasyid...eh! banyak laa.. aku pun dah luper.. tapi yang paling ligat abang aku yang nombor 2 tuuu...memang berbakat dan serba boleh... semua dia masuk.. and Alhamdulillah.. ade jer hadiah yang dia bawak balik... sampai satu tahap tu..dia terpilih jadi wakil negeri untuk pergi ke peringkat kebangsaan dalam perandingan bercerita... yang jadi tukang dengar dia aku ler..hari2 dia berlatih bercerita depan aku... siap gaya ngan tangan2 dia sekali... best lah bang... abang memang best!..Big Smile aku suka sangat dengar suara abang aku..kalau azan ker...ngaji ker...lagi-lagi kalau nyanyi nasyid... cam kat sekolah tu tak der suara orang lain...sokmolah dia jer jadi solo nyer... sekolah agama pun sama...  tapi dia nii mmg kaki melalak kat umah... mujur suara dia leh tahan.. kalau tak sakit gak telinga aku ni dengar...Winkhehe

    Apepun..Alhamdulillah sgt2..banyak pengalaman yang kitorang adik beradik ni dapat bila menjinak-jinak kan diri dalam aktiviti-aktiviti cam nii.... kalau kat sekolah.. tak kisah lah sekolah agama ker..sekolah kebangsaan ker... benda yang wajib kitorang masuk,  bila ada pertandingan khat..ayah aku mmg train kitorang adik beradik dalam dunia seni khat nii... kalau kitorang tak masuk mesti dia marah... sebab dia nak tengok anak2 dia semua mahir dalam bidang nii... tak pasal2 aku pun kena belajar sama... walaupun tak berapa minat sebenarnya...tapi aku belajar lah jugak dr abg2 akuu... ermm.. rezeki Allah... selamat lah aku selalu gak dapat Johan sampai lah ke peringkat wilayah... bila ada petandingan ...erm.. masa tu selalu buat kat Pusat Islam ..kat depan masjid negara tuu... muka kitorang adik beradik ni lah yang selalu dapat  Johan untuk kategori yang berlainan... setiap tahun muka kitorang jer yang bolot... smpai orang pun dah naik boring... muka yang sama jer... bukan orang jer boring..aku pun dah naik boring gak.. hehe... tu pertandingan jer... cam manapun..kitorang tak ler hebat mana... stiill lagi perlukan bimbingan sbnrnya...tanding ngan bebudak sekolah jer kan.. boleh laa kan...Smile

    Yang paling seronok...menang jer dapat duit..menang jer dapat duit..Big Smile kira ada income jugak lah mase tuu....walaupun tak ler banyak mana...yer lah...rasalah merasa duit sendirikan...Winkcewah ..cam kerja pulak! ...kalau piala tu dah tak tahu nak campak mana dah..penuh dah almari kat umah tuuu...apepun..Alhamdulillah.. syukur pada Allah... bukan niat nak membangga2 diri .... tapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan bersama.. manalah tahu.. anak2 aku nanti aku nak train cam tu gak! Winkhehe... aper pun time kasih mak ..time kasih bapak (aku panggil bapak) sebab bimbing kitorang selama nii...sayang mak ngan bapak! Big Smile muuaahhh!

    ermmSmile..kalau nak citer mmg tak abis..oklah..ni jer buat masa niii...aku dah ngantuk niii..nanti2 aku sambung lagiii...kalau diberi kesempatan oleh Allah.. InsyaAllah..

     


    Posted at Monday, February 27, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Friday, February 24, 2006
    PERJALANAN

     

    ......Alhamdulillah...sehingga detik dan waktu ini..masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat kehidupan dan bersyukur yang tidak terhingga kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam.....Smile

    Sekarang ni tengah cuti..so macam blur semacam jer Shocked. ..ermm...apa-apa pun aku mesti rancang dan buat sesuatu yang bermanfaat...kerja banyak sebenarnya..tapi tak tahulah kenapa takde mood nak buat semua tuu...ish...taruk kan!.....ok..ok...disiplinkanlah dirimu wahai cik ainiyah!....tu jer lah yang selalu aku buat bila terasa diri ni cam tak betul jer....cakap kat diri sendiri...tapi tak salahkan...walaupun kekadang cam orang giler..cakap ngan diri sendiri..tapi aku rasa..tu salah satu cara yang kira oklah untuk memotivasikan diri sendiri....

    Bila time bersendirian camnii...macam-macam teringat...zaman kecik2 lah....zaman sekolah....zaman masa kat U...cry...sedih pulak...rasa rindu sgt ngan masa lampau aku...walaupun ada yang pahit, manis, tawar, masin dan macam-macam lah...yang pastinya itu adalah sejarah kehidupan aku yang tak dapat aku luperkan...yerlah..setiap orang mesti ada sejarah hidup yang tersendiri kan.?...kalau nak citer semua tuuu...setahun pun tak abis....kalau nak buat novel pun...berapa siri pun aku tak tahu laaa...tapi tak per lah..yang pastinya semua itu still kat hati aku....dan mungkin leh jadi panduan dan pengajaran untuk aku meneruskan kehidupan aku selagi masih diberi kesempatan untuk hidup dan merasai nikmat dunia hari ini..Smile

    Sahabat-sahabiah semua...kalau rasa diri aku ni tersasar atau terlalai...tolonglah tegur-tegur aku ni yer...maklumlah..manusia ni tak lepas dari melakukan kesilapan...kekadang tu terlalai....itulah fungsinya sahabat dan kawan-kawan disekeliling kita...leh menegur kesiapan diri yang kekadang tidak kita sedari...pedas ker...tak pedas ker...kenalah tahan kan...bila kawan tegur tuuu ...maknanya dia sayang kat kita...dia nak tolong kita jd baik...mana ada kawan nak kita jd jahat..kalau ada tuuu...tu manusia yang tidak boleh dijadikan kawan...tapi kalau kita sayang kat dia...kitalah kena memainkan peranan yang penting untuk membantu dia kan....hmmm....sekeras-keras batu kat sungai tuuu...kalau dah selalu air mengalir .....lama-lama ia akan lembut jugaa....begitulah diibaratkan hati manusia...kesimpulan..kita ni saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperbaiki diri masing-masing..

    "Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa menegur kesilapan sahabatnya yang lain"


    Posted at Friday, February 24, 2006 by Ainafa
    Make a comment  

    Wednesday, February 22, 2006
    BERMULA DI SINI.....

     

    Assalamualaikum wr.wb.. Smile

    Salam persaudaraan buat semua....semoga kita semua dibawah lindungan Allah s.w.t sentiasa hendaknya....hmmm...sebelum ni suka baca blog orang jer...nak buat blog sendiri cam malas jer....akhirnya buatlah jugak...bolehlah nak luahkan sesuatu atau nak kreatifkan diri yang sememangnya kurang kreatif niii...moga di sini ...dapat sesuatu yang bermanfaat...mungkin teguran membina dan nasihat dari sahabat sahabiah semua...sesungguhnya diri ini memerlukan itu semua untuk memperbaiki diri  dalam meniti perjalanan hidup yang tidah pasti mana titik nokhtahnya...

    "Ya Allah! Ku mengharapkan bimbingan dan pertunjuk dariMu selagi nikmat nyawa masih lagi di sisiku"  cry

    Sesungguhnya aku mencari redhaMu Ya Allah.....cry


    Posted at Wednesday, February 22, 2006 by Ainafa
    Make a comment